TERMA DAN SYARAT

1. Pihak HQ berhak mendapatkan maklumat lengkap tentang latar belakang semua Usahawan MEXBLU melalui kaedah pengisian borang secara digital. 2. Semua Usahawan MEXBLU dikehendaki berkelakuan jujur dan baik serta tidak terlibat dalam perilaku yang mengelirukan dan menipu semasa membuat jualan bagi meraih keuntungan besar sehingga mengakibatkan kerugian atau kerosakan kepada pihak lain. 3. Semua Usahawan MEXBLU perlu berpengetahuan dan faham dengan produk-produk di bawah jenama MEXBLU. 4. Bagi tujuan polisi ini, istilah-istilah berikut bermaksud: a) 'Usahawan MEXBLU' bermaksud ejen berdaftar secara sah bagi menjalankan aktiviti pemasaran serta penjualan produk-produk jenama MEXBLU. b) 'HQ' bermaksud ibu pejabat bagi menjalankan operasi utama MAGIC BLUE. c) 'MEXBLU' adalah jenama yang mewakili Syarikat MAGIC BLUE HOLDING SDN. BHD. serta sub jenama dan jenama-jenama yang bersekutu dengannya.
HQ berhak mengubah mana-mana terma dan syarat dalam perjanjian dan segala perubahan atau pindaan yang dibuat akan dimaklumkan kepada Usahawan MEXBLU melalui platform yang disediakan oleh HQ MAGIC BLUE seperti channel telegram MAGIC BLUE dan sistem MAGIC BLUE.
Yuran pendaftaran bagi Usahawan MEXBLU berjumlah RM300.
1. Perlu diingatkan bahawa setiap pembelian oleh Usahawan MEXBLU adalah tanggungjawab sendiri. Pihak HQ tidak akan meluluskan proses penggantian barangan atas faktor-faktor kecuaian daripada pihak Usahawan MEXBLU. 2. Antara kategori kecuaian yang dimaksudkan termasuklah: a) Pembelian pukal yang dibuat tanpa merancang terlebih dahulu sehingga produk tamat tempoh. b) Pembelian produk dengan jumlah yang sedikit tetapi diperam dalam tempoh-tempoh tertentu. Produk tersebut kemudiannya dibuat aduan dan dituntut sebagai ganti rugi oleh Usahawan MEXBLU disebabkan oleh barang tersebut telah sampai tarikh tamat tempoh. c) Produk terdedah dalam keadaan banjir atau sebarang keadaan yang telah diberikan amaran oleh pihak Syarikat atau media massa sehingga mengakibatkan kerugian kepada Usahawan MEXBLU. Contoh: Banjir yang sedia maklum akan berlaku setiap tahun, produk yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari, risiko kecurian akibat mendedahkan produk tersebut tanpa pengawasan dan lain-lain lagi yang difikirkan logik dan relevan. d) Kesilapan membuat pesanan TIDAK akan diterima. Sebarang pembayaran balik produk yang dipesan dalam sistem tidak akan dilayan sama sekali kerana melibatkan kecuaian Usahawan MEXBLU. Pertukaran produk juga TIDAK akan dibuat sekiranya berpunca daripada kecuaian Usahawan MEXBLU semasa pembelian. 3. Usahawan MEXBLU dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu jenis produk, jumlah dan alamat penerima (sekiranya pos) sebelum membuat pembayaran di dalam sistem bagi mengelakkan kerugian kepada Usahawan MEXBLU. 4. Pihak HQ hanya akan menggantikan produk yang disebabkan oleh kesilapan daripada pihak HQ, courier atau kilang. Kesilapan yang jelas tanpa prejudis adalah seperti berikut: 1) Produk yang diterima tidak sama seperti pesanan yang telah dibuat oleh pihak Usahawan MEXBLU seperti: a. Bilangan produk atau item yang diterima terlebih, tidak mencukupi atau tertukar. i. Bagi Usahawan MEXBLU yang menerima bilangan produk yang melebihi bilangan pesanan, HQ akan memberi pilihan sama ada ingin hantar semula produk tersebut kepada HQ dan kos pos akan ditanggung oleh HQ atau ambil produk tersebut dan buat pembelian dalam sistem. ii. Bagi Usahawan MEXBLU yang menerima produk yang tidak mencukupi, boleh membuat tuntutan dengan pihak HQ. iii. Untuk item atau produk yang tertukar, Usahawan MEXBLU diberi pilihan untuk beli dalam sistem atau pos semula produk yang HQ tersalah hantar dan boleh tuntut semula produk yang tidak diterima. b. Kuantiti isi kandungan produk yang tidak sama. c. Menerima produk yang sudah tamat tempoh. d. Produk atau item yang diterima mengalami kerosakan seperti kemek, bocor, rosak percetakan atau kecacatan dari produk. Sebarang masalah diatas hendaklah dimaklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883 dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (tidak termasuk hari cuti) selepas barang diterima beserta bukti kerosakan atau masalah produk dalam bentuk gambar dan video unboxing, gambar slip pos serta nombor pesanan. Video semasa “unboxing” adalah WAJIB dan sekiranya tiada, pihak HQ tidak akan melayan tuntutan tersebut. 2) Produk atau item yang masuk angin a. Produk yang sudah masuk angin semasa baru buka dibenarkan untuk membuat penggantian. b. Tempoh yang dibenarkan untuk membuat tuntutan pemulangan atau penggantian produk atau item yang masuk angin adalah TIDAK melebihi 5 bulan dari tarikh pembelian atau urus pesanan dibuat. c. Usahawan MEXBLU perlu hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883 untuk tuntutan dan perlu sertakan sekali gambar produk, tarikh tamat tempoh dan nombor pesanan dalam sistem. d. Usahawan MEXBLU perlu pos semula produk yang masuk angin tersebut dan kos pos akan ditanggung oleh pihak HQ. 3) Sekiranya pembelian telah melebihi tempoh seperti yang dinyatakan di atas, pihak HQ berhak untuk menolak tuntutan tersebut. 4) Usahawan MEXBLU hanya boleh tuntut bagi pembelian yang dibuat secara langsung dengan HQ Sahaja. HQ tidak akan mengganti semula mana-mana produk rosak yang dibeli sesama Usahawan MEXBLU. 5. Sekiranya Usahawan MEXBLU tidak menerima produk dalam tempoh tujuh (7) hari (semenanjung) dan lima belas (15) hari (Sabah Sarawak) selepas tarikh pengeposan, segera maklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi di talian 011-10213883. 6. Bagi Usahawan MEXBLU yang memerlukan penghantaran pesanan terus ke rumah bagi kawasan berdekatan HQ, caj penghantaran kepada runner Syarikat adalah mengikut jarak HQ kepada alamat penerima seperti berikut: 0.1 km – 10.0 km 10.1 km – 15.0 km 15.1 km – 25.0 km : RM 5.00 : RM 7.00 : RM 10.00 Bagi jarak yang melebihi 25 km, Usahawan MEXBLU perlu menggunakan penghantaran melalui kurier Poslaju atau J&T. 7. Pembelian produk hanya diterima melalui sistem sahaja (online banking). 8. Jika berlaku sebarang masalah semasa pembayaran, Usahawan MEXBLU perlu segera menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-65581255. 9. Usahawan MEXBLU tidak dibenarkan untuk kumpul pesanan untuk dijadikan satu pos. Pihak HQ hanya akan pos mengikut slip pesanan. 10. Bagi bungkusan yang “return” ke HQ, Usahawan MEXBLU perlu membuat bayaran bagi caj untuk pos semula bungkusan tersebut sekiranya didapati “return” kerana kesalahan Usahawan MEXBLU sendiri. 11. Sekiranya Usahawan MEXBLU tidak memberi maklum balas bagi memudahkan urusan pihak HQ pos semula produk dalam tempoh 3 bulan (dari tarikh bungkusan sampai di HQ), produk tersebut akan dimasukkan semula di dalam sistem.
1. Usahawan MEXBLU dibenarkan memasar produk pada mana-mana platform. 2. Usahawan MEXBLU atau wakil jualan wajib mematuhi harga jualan runcit yang ditetapkan oleh HQ. Sekiranya Usahawan MEXBLU atau wakil jualan didapati melanggar syarat pematuhan harga, HQ akan mengambil tindakan melucutkan keahlian Usahawan MEXBLU / wakil jualan tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan.
1. Semua Usahawan MEXBLU perlu menjaga nama baik produk di bawah Syarikat MAGIC BLUE dan sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan tentang cara penggunaan produk dengan betul tanpa merosakkan nama baik produk. 2. Usahawan MEXBLU juga tidak dibenarkan overclaim khasiat produk MEXBLU. 3. Usahawan MEXBLU dilarang mencipta testimoni palsu. 4. Usahawan MEXBLU dilarang menggunakan (nama / perkataan) HQ dan OFFICIAL di semua media sosial peribadi, page atau website. 5. Usahawan MEXBLU perlu memastikan sebarang iklan yang digunakan perlu menutup aurat.
1. Semua insentif bergantung kepada pencapaian jualan dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak HQ. 2. Pihak HQ berhak meminda, mengubah, menukar atau menamatkan insentif ini pada bila-bila masa. 3. Pihak HQ akan membatalkan insentif bagi ejen yang melanggar atau disyaki melanggar perjanjian atau terma dan syarat yang telah ditetapkan. 4. Bagi insentif yang perlu dituntut tetapi tidak dituntut dalam tempoh yang diberikan, insentif tersebut dikira terbatal dan tidak akan diberi kepada Usahawan MEXBLU. 5. Antara insentif yang disediakan oleh HQ adalah : 1) BONUS a. Syarat minimum untuk mendapatkan bonus, Usahawan MEXBLU perlu mencapai : Nilai Belian Individu : RM100 Nilai Belian Kumpulan : RM600 b. HQ akan membuat pembayaran bonus bermula dari seawal 9hb dan paling lewat bermula 15hb sehingga selesai. c. Bagi mengelakkan masalah bonus tidak masuk, Usahawan MEXBLU perlu memastikan penama akaun bank dan nama penuh dalam maklumat peribadi di dalam sistem adalah sama. d. Jika penama akaun bank tidak sama dengan kad pengenalan yang didaftarkan dalam sistem atau mengalami sebarang masalah berkaitan, boleh segera menghubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255. e. Sekiranya Usahawan MEXBLU tidak menerima bonus dalam tempoh sebulan selepas bulan pembayaran (dalam masa 1 bulan) sila hubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255. 2) KHAIRAT KEMATIAN a. Jumlah insentif bagi khairat kematian adalah sebanyak RM500. b. Rekod pembelian Usahawan MEXBLU perlu aktif sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan sebelum tarikh kematian. c. Leader perlu menghubungi waris bagi membolehkan pihak waris membuat tuntutan insentif ini melalui HQ. d. Bagi mendapatkan insentif ini, pihak HQ hanya menerima nombor akaun dari pasangan, ibu bapa atau anak Usahawan MEXBLU sahaja dan perlu sertakan salinan sijil kematian sebagai bukti. e. Waris hanya boleh membuat tuntutan dalam tempoh sebulan selepas tarikh kematian. f. Waris boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-65581255 untuk mendapatkan insentif ini. 3) VOUCHER BIRTHDAY a. Usahawan MEXBLU akan menerima Voucher Birthday bernilai RM30. b. Usahawan MEXBLU perlu membuat Belian Individu sebanyak RM300 pada bulan kelahiran bagi melayakkan diri untuk mendapatkan Voucher Birthday. c. Usahawan MEXBLU perlu tuntut dan guna Voucher Birthday dalam tempoh sebulan selepas bulan hari jadi. d. Sila whatsapp bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ MAGIC BLUE di talian 011-10213883 untuk membuat tuntutan Voucher Birthday. e. Voucher Birthday dikira terbatal sekiranya Usahawan MEXBLU lambat membuat tuntutan voucher atau tidak menggunakan voucher pada tempoh yang ditetapkan. 4) VOUCHER PENDAFTARAN 10 EJEN a. Usahawan MEXBLU yang berjaya mendaftar 10 orang ejen dalam masa sebulan, layak menerima voucher pendaftaran yang bernilai sebanyak RM150. b. Sila whatsapp bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi untuk membuat tuntutan voucher pendaftaran di talian 011-10213883. 5) KOMISEN PENDAFTARAN a. Usahawan MEXBLU yang berjaya mendaftar seorang ejen akan mendapat komisen pendaftaran sebanyak RM100. Bayaran komisen akan masuk ke akaun bersama dengan bonus.
1. Kos penghantaran produk perlu ditanggung oleh Usahawan MEXBLU sendiri. 2. Usahawan MEXBLU yang membekalkan produk MEXBLU kepada mana-mana Usahawan MEXBLU lain / wakil jualan, wajib memastikan pihak tersebut mematuhi harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh HQ. Sekiranya didapati main harga, ID Usahawan MEXBLU yang membekalkan produk tersebut akan dilucutkan.
1. Sekiranya berlaku pelucutan status Usahawan MEXBLU, pihak pengurusan TIDAK akan membeli semula semua produk dalam simpanan, sebaliknya pihak Usahawan MEXBLU perlu bertanggungjawab atas produk atau barangan tersebut. 2. HQ berhak untuk menamatkan keahlian Usahawan MEXBLU yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan. 3. Sekiranya Usahawan MEXBLU dilucutkan keahlian, secara langsung bonus atau mana-mana insentif lain juga terbatal.
1. Akaun Usahawan MEXBLU akan beku sekiranya tidak membuat pembelian melalui sistem dalam tempoh 12 bulan. Usahawan MEXBLU disarankan untuk membuat pembelian secara terus di dalam sistem menggunakan ID sendiri daripada membuat pemindahan nilai belian bagi mengelakkan akaun beku. 2. Pembayaran bagi pengaktifan semula ID ejen beku adalah sebanyak RM50. 3. Sila hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-65581255 untuk urusan pengaktifan semula ID Usahawan MEXBLU.
1. Permohonan pertukaran leader hanya akan diterima sekiranya Usahawan MEXBLU mempunyai masalah seperti berikut : a. Leader tidak aktif. b. Leader abaikan pertanyaan atau sebarang permasalahan yang berkaitan dengan bisnes MAGIC BLUE. c. Penipuan berkaitan pembelian di dalam sistem. (Contoh : Leader guna ID sendiri untuk membuat pembelian kepada ejen bawah dan tidak membuat pemindahan Nilai Belian). 2. Usahawan MEXBLU perlu memberikan bukti yang kukuh untuk meneruskan proses pertukaran leader. 3. Usahawan MEXBLU boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-65581255 untuk proses pertukaran leader.
Perkongsian maklumat peribadi akan berlaku sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau apabila diperlukan untuk tujuan melakukan perkhidmatan berkaitan penggunaan Laman Web Sistem sahaja.
1. HQ MAGIC BLUE tidak membenarkan Usahawan MEXBLU lain menawarkan keahlian kepada pekedai yang telah dimasuki oleh pengedar (ejen bubu). 2. HQ hanya memberi hak eksklusif kepada pengedar (ejen bubu) sahaja untuk menawarkan keahlian kepada pekedai yang terlibat dalam premis projek bubu. 3. Jika pemilik kedai berminat untuk menjadi Usahawan MEXBLU, pemilik kedai perlu membuat pendaftaran melalui pengedar (ejen bubu) iaitu selaku pembekal tunggal produk kepada kedai tersebut. 4. Sekiranya terdapat Usahawan MEXBLU lain yang bertindak menawarkan keahlian kepada pemilik kedai, Usahawan MEXBLU tersebut akan dikenakan tindakan oleh HQ. 5. HQ akan bertindak melucutkan keahlian Usahawan MEXBLU tersebut dengan kadar segera kerana telah melanggar peraturan jualan BUBU.
Usahawan MEXBLU Muslim: Ikhlaskan niat jual produk MEXBLU ini kerana Allah Taala. " Ya Allah, Tujuan aku berniaga MAGIC BLUE ini adalah untuk menambah pendapatan, berkatilah rezeki yang akan aku perolehi nanti. Ameen" *Demi Allah, semua Usahawan MEXBLU wajib mematuhi harga yang telah ditetapkan ini. *Semoga perniagaan semua Usahawan MEXBLU diberkati Allah selagi mana menjaga amanah ini. Semua Usahawan MEXBLU Muslim & Non-Muslim: DIWAJIBKAN UNTUK MEMPAMER DAN MENJUAL MENGIKUT HARGA YANG DITETAPKAN OLEH HQ MAGIC BLUE SEPERTI BERIKUT: HARGA EJEN NATURAL DEODORANT : RM13 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM14 NATURAL POMADE : RM14 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM10 HABBATUSSAUDA : RM15 NATURAL FACE CLEANSER : RM15 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM29 NILAI BELIAN NATURAL DEODORANT : RM10 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM10 NATURAL POMADE : RM10 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM5 HABBATUSSAUDA : RM10 NATURAL FACE CLEANSER : RM10 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM10 HARGA RUNCIT •SEMENANJUNG NATURAL DEODORANT : RM29 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM29 NATURAL POMADE : RM29 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM20 HABBATUSSAUDA : RM29 NATURAL FACE CLEANSER : RM29 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM39 •SABAH SARAWAK NATURAL DEODORANT : RM36 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM36 NATURAL POMADE :RM36 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM25 HABBATUSSAUDA : RM35 NATURAL FACE CLEANSER : RM35 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM45 •SINGAPURA NATURAL DEODORANT : $13 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $13 NATURAL POMADE : $13 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $10 HABBATUSSAUDA : $15 NATURAL FACE CLEANSER : $15 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $23 •BRUNEI NATURAL DEODORANT : $15 SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $15 NATURAL POMADE : $15 MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $12 HABBATUSSAUDA : $18 NATURAL FACE CLEANSER : $18 KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $25
•SEMENANJUNG 1) Kombo 3 (Produk: Natural Deodorant, Shower Gel Bidara & Rose, Natural Pomade, Habbatussauda, Natural Face Cleanser): RM80.00 2) Kombo 5+1 (Produk: Natural Deodorant, Shower Gel Bidara & Rose, Natural Pomade, Habbatussauda, Natural Face Cleanser): RM145.00 3) Kombo 5+1 (Produk: Minyak Angin Bidara Aromaterapi): RM100.00 4) Kombo 2 (Produk: Kopi Kunyit Hitam Halia): RM75.00 5) Kombo 4 (Produk: Kopi Kunyit Hitam Halia): RM146.00 •SABAH & SARAWAK 1) Kombo 3 (Produk : Natural Deodorant, Shower Gel Bidara & Rose, Natural Pomade, Habbatussauda, Natural Face Cleanser): RM95.00 2) Kombo 5+1 (Produk: Natural Deodorant, Shower Gel Bidara & Rose, Natural Pomade, Habbatussauda, Natural Face Cleanser): RM175.00 3) Kombo 5+1 (Produk: Minyak Angin Bidara Aromaterapi): RM125.00 4) Kombo 2 (Produk: Kopi Kunyit Hitam Halia): RM87.00 5) Kombo 4 (Produk: Kopi Kunyit Hitam Halia): Rm170.00 *Pertukaran item dalam kombo hanya dibenarkan dengan produk atau item yang sama harga.
Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub di dalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, HQ berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan keahlian Usahawan MEXBLU saya.

PRODUK YANG DI TAWARKAN

Ada Masalah?

Tekan je button di bawah 😉

Ok, awak sudah faham
asas-asas bisnes Mexblu kan?

Mari saya tunjuk TEKNIK RAHSIA jana income dengan Marketing Strategi yang Power